Thursday 28 April 2016

Tolong Bagi Hati Awak 10

Sudu dalam cawan kopinya dimain-mainkan sambil mengacau baki kopi.Sejak tadi lagi fikirannya melayang-layang teringat pada Adrian.Semalam,Adrian membawanya ke sebuah rumah perlindungan untuk mangsa-mangsa dera dan remaja yang terlibat dengan masalah sosial.Menghabiskan masa berjam-jam di sana membuatkan dia tersedar yang selama ini dia terlalu bersangka yang tidak-tidak pada Adrian.

Setelah dia siasat dan jadi ala-ala CSI ketika di rumah perlindungan tesebut semalam,baru dia tahu yang rumah tersebut di tubuhkan oleh Adrian serta beberapa orang teman-temannya sejak beberapa tahun dulu.Menurut pengurus rumah perlindungan tersebut pula,Adrian merupakan salah seorang penaja untuk beberapa orang remaja di sana.Malah,Adrian juga sering turun padang membantu golongan gelandangan serta mangsa-mangsa bencana alam di seluruh negara dan pernah terlibat dengan misi bantuan kemanusiaan di Gaza beberapa tahun sudah.

Mengucap panjang bila dia dapat tahu hal tersebut.Selama ini dia bersangka yang tidak-tidak pada lelaki itu sedangkan Adrian adalah manusia yang memang berhati mulia.Cukup mulia sehingga sanggup melakukan kebajikan tanpa meminta walau sesen dan antaranya ialah memberi Merah dan adik-adiknya tempat tinggal secara percuma.Bila fikir-fikir semula,dia termalu sendiri.

“Merah,masuk bilik saya sekejap.”lamunan Merah terhenti bila suara Andhika bergendang di telinga melalui interkom.

Isyh,Encik Andhika ni buat terkejut ajelah!Baru nak layan perasaan,tahu-tahu aje dah panggil.Nak apa pula bos ni?Baru aje kejap tadi masuk bilik dia update jadual,sekarang dah panggil semula.Nak minta adjust jadual pula ke?Atau nak cakap yang dia nak keluar dan tangguhkan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan sekejap lagi?

Kopi sempat dihabiskan sebelum Merah bangkit dan betul-betulkan bajunya.Rasa nak mengamuk saja pada Andhika.Bukan sebab dia dipanggil masuk berulang kali ke bilik lelaki itu tapi lebih kepada bengang sebab hal Amanda.Entah apalah agaknya yang bosnya cakap sampaikan Amanda si kucing parsi itu boleh serangnya di kawasan umum lalu naikkan tangan ke muka.Sesuka hati betullah mulut encik bos yang seorang ini.Agak-agaknya kalau dia minta ganti rugi,boleh dapat tak?

“Ada apa,Encik Andhika?”tanya Merah mendatar.

 “Duduk sekejap,Merah.Ada benda penting saya nak bincang dengan awak.”
Merah hanya menurut dan tidak berminat untuk bertanya lebih lanjut.Dia cuma mahu memasang telinga dan mendengar saja butir bicara Andhika.

 “Pipi awak sakit lagi?”
Ayat Andhika tu boleh buat darah Merah tersirap naik ke kepala rasanya.

“Kalau kena pelempang yang mencecah kelajuan 100km per jam,agak-agak apa rasanya ya?”Merah bertanya dengan niat menyindir.

“Awak dah pergi klinik?”
Soalan Andhika tu betul-betul mengundang kemarahan Merah.

“Saya  belum pergi klinik tapi cadangnya nak pergi ke balai polis aje,”sinis Merah selamba.Andhika pula yang rasa cuak mendengar kata-kata Merah.

Merah,I’m sorry.Saya tahu memang salah saya tapi takkan sampai awak nak ke balai polis?Benda boleh dibawa berbincang.”

“Memang boleh berbincang tapi Cik Amanda kesayangan Encik Andhika tu takkan boleh dibawa berunding.Sebab itu la pipi saya yang gebu dan mulus ni makan penampar dia secara percuma.”sedas Merah tembak Andhika sehinggakan Andhika makin rasa bersalah.
Melihat air muka Andhika yang jelas-jelas rasa bersalah,terus mulut comel Merah ajukan lagi pertanyaan demi pertanyaan kepadanya demi memuaskan hati sendiri.

“Encik Andhika dah cakap apa pada Cik Amanda sampai dia datang serang saya di tempat umum?”

“Saya tahu Amanda dah melampau dan untuk itu saya akan bayar ganti rugi atas kecederaan awak.”Andhika balas tanpa menjawab soalan Merah.

“Senang aje kan Encik Andhika cakap?Bayar ganti rugi atas kecederaan.Tahu tak yang saya ni bukan kata takat cedera fizikal aje tapi hati dan emosi saya turut sama tercedera.Dan saya tak tahu berapa lama lagi saya mampu bertahan kat sini.Minta maaf cakap tapi tak mustahil Cik Amanda akan ulang lagi apa yang dia buat pada saya semalam dan masa tu ganti rugi yang Encik Andhika nak bagi tu tak bernilai apa-apa pada saya.”

“Merah,please…saya tahu saya tersilap cakap semalam sampai jadi macam ni.Tapi saya nak awak tahu yang saya nak bertanggungjawab atas semua yang terjadi.Saya nak bayar ganti rugi pada awak dan saya juga nak menawarkan awak satu jawatan sebaik saja kontrak awak sebagai PA saya tamat.”

Merah tergelak dalam pedih.Semudah itu?

“Encik Andhika fikir maruah saya yang dipijak-pijak boleh ditebus hanya dengan bayar ganti rugi dan tawaran pekerjaan ke?”

“Habis tu awak nak saya buat apa?Okey,cakap saja…saya akan tunaikan.”
Merah cuba memikir-mikir apa yang sepatutnya dia cakap untuk tembak Andhika lagi.Tapi sudahnya ia hanya terbiar tanpa mampu dimuntahkan.

Tak tahu kenapa,tapi bila dia pandang wajah Andhika dia pula yang jadi tak sampai hati.Dah terfikir dah yang dia nak tuntut saman saja,biar dia jadi orang kaya segera.Dah jadi orang kaya segera,boleh la dia blah dari tempat ni dan tak perlu menyusahkan diri menghadap Amanda yang terang-terang anak pemilik syarikat ini.Huh!

“Merah?”jari Andhika dipetik-petik di hadapan Merah sehingga dia terkejut.

“Hmm?”

“Awak dengar atau tidak apa yang saya cakap tadi?”

“Berkenaan dengan hal semalam tu…saya akan fikirkan apa yang saya akan buat.Dan mengenai tawaran Encik Andhika tadi,saya perlukan masa untuk berfikir.”

 “Saya harap awak tak akan tolak tawaran ni.Saya janji yang saya akan gandakan gaji awak tiga kali ganda daripada gaji sekarang,”ujar Andhika lagi lebih kepada memancing hati Merah.

“Tak apa,nanti saya akan pertimbangkan tawaran Encik Andhika tu.Ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan ke?Kalau tak ada apa-apa,saya rasa lebih baik saya keluar sambung buat kerja?Boleh,kan?”

“Okey.”Andhika jawab dengan berat hati.

***

Air kopi dalam mug yang masih berasap disisip ke mulut sambil menyandarkan tubuhnya rapat ke kabinet di dalam pantri.Usai menelan kopi yang diminum tadi,Merah cuba mengembalikan fikirannya kepada tawaran yang dibuat Andhika sebentar tadi.
Nak terima atau tidak?Nak terima atau tidak?Ah,payahnya kalau dia sendiri tak mampu nak buat keputusan yang tepat.

 “Haih,aku nak terima atau nak menolak?Kalau aku terima,terjamin ke yang hidup aku akan aman damai kat sini?Tapi kalau aku tolak,kat mana pula aku nak cari kerja?Zaman sekarang ni bukan senang nak cari kerja.Silap-silap aku jadi penganggur tak bertauliah.Paling tidak pun aku kerja balik kat supermarket tempat kerja lama tu,”bebelan Merah terhenti bila baki kopi diteguk lagi.

Baru saja air kopi lalu ditekak,nama Merah yang dilaung dari arah pintu pantri membuatkan Merah berpaling.Serta merta tertayang wajah manis Andhika yang entah bila sudah berdiri di situ sambil merenungnya penuh makna.
Cawan kopi di letak atas meja lalu membawa matanya ke arah bosnya itu.

“Ada apa,Encik Andhika?Nak saya buatkan kopi ke?”sekadar nak berbasa basi,kalut dia mencapai cawan dalam kabinet.Sempat Merah mencuri pandang ke arah Andhika yang sudah pun bersandar ke dinding berdekatan dengan gaya seperti model dalam majalah.Tak dinafikan,dia memang ada gaya tersendiri tetapi renungannya yang tak sudah-sudah ke arah Merah membuatkan gadis itu rasa tak senang malah rasa lemas dengan perlakuannya.

“Encik Andhika nak cakap apa sampai kena renung saya macam tu?Saya ada buat salah ke?”sengaja ditekankan perkataan salah.

“Saja.”sepatah Andhika balas lalu menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada bersama kaki yang turut disilangkan.Ini dah betul-betul macam pose model dalam majalah!

“Nah,kopi.Ada apa-apa lagi ke?”cawan kopi dihulur kepada Andhika tetapi lelaki itu hanya menyambut tanpa suara.

“Encik Andhika kalau rasa perlukan apa-apa,cakap aje dengan  saya.Saya nak balik ke meja,okey?”sebelah kening Merah dah terangkat dan ketika dia baru saja nak berlalu,Andhika bersuara.

“Malam ni awak free tak?”

Merah memandang wajah Andhika mencari-cari apa maknanya akan kata-kata yang baru terlepas dari mulutnya tapi yang dia nampak Andhika sedang sedap membetul-betulkan tali lehernya tanpa perasaan.

“Kenapa?”

“Soalan saya,awak belum jawab.”cebik Andhika.

“Kalau saya jawab saya free,Encik Andhika nak saya buat apa?Ada kerja lebih masa ke?Kena stayback?Atau hadiri apa-apa perjumpaan di luar?”

“Tak.”

“Dah tu?”

“Keluar dengan saya malam ni atas urusan peribadi.”

“Nak ke mana?”hampir terjojol biji mata Merah mendengar alasan Andhika.

“Boleh tak?”

“Atas urusan peribadi?Maksudnya apa ya?Saya kurang jelas.”

“Kalau awak setuju,saya akan jemput awak malam ni pukul 8.30 malam,”bibir Andhika terkoyak dengan senyuman.

 Dan kopi dalam cawan dihirup sekali.

“Sedap kopi yang awak bancuh ni.Tapi lain kali buatkan saya teh sebab saya tak minum kopi.”

Cawan kopi yang sudah kosong diletak ke atas meja dan berlalu meninggalkan Merah termangu-mangu di tepi pintu pantri.




p.s nak tahu apa yang terjadi seterusnya?kenalah dapatkan naskah ini di pasaran mulai bulan Mei nanti ;)

No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...