Monday 10 October 2016

Calon Pengantin Untuk Dipilih 5

Carl menolak pintu kereta selepas enjin dimatikan.Beg sandang yang berada di atas tempat duduk sebelah pemandu dicapai lalu dibawa masuk ke dalam rumah bersama.

Bunyi salakan anjing yang sayup-sayup buat dia mempercepatkan langkah.Bukan takut tapi lebih kepada langkah berjaga-jaga.Kadang-kadang bunyi anjing tu bukan sebab dia ternampak makhluk halus tapi mungkin ternampak kelibat pencuri atau perompak yang menjalankan aktiviti riadah mereka dalam waktu-waktu begini biarpun rumahnya terletak di kawasan perumahan elit di mana sistem keselamatannya cukup ketat.Zaman sekarang,jenayah boleh berlaku di mana-mana saja.Dalam rumah sendiri pun dah tak selamat.

Mata Carl liar memerhati sekeliling.Bila yakin keadaan selamat,dia terus pulas tombol pintu dan memboloskan diri ke dalam rumah.

Dia jatuhkan duduk melepas lelah di sofa empuk berwarna merah di ruang tamu mewah kediamannya.Berjam-jam dia berada di The Zone menyibukkan diri dengan aktiviti kecergasan di sana.Mujurlah dia masih sendirian,kalau ada isteri mahunya kena tinggal selalu.

Carl melepas nafas berat sambil picit kepalanya.Memikirkan tentang soal isteri,terlayar di ruang matanya tentang permaisuri hati yang mungkin satu hari nanti akan dibawa pulang ke rumah ini.Tiba-tiba ternampak satu wajah jelita tersenyum manis padanya di depan pintu,seolah-olah mahu menyambut kepulangannya dari tempat kerja.

Kemudian,terdengar pula suara anak kecil menyebut-nyebut namanya dengan begitu comel sekali sebelum berlari ke arahnya lalu menerpa ke tubuhnya minta didukung.Indahnya dunianya sehingga dia sendiri tak sedar yang dia sudah tersenyum lebar sehingga ke telinga.

 “Isteri dan anak-anak?Heh,apalah yang kau fikir ni Carl?”Carl meraup wajah lalu menggeleng.Nak gelak kat diri sendiri pun ada juga bila dia rasa semua angan-angannya itu masih jauh untuk digapai.

Tiba-tiba boleh pula dia teringat tentang perbualannya dengan Anggerik tempoh hari.Pasal calon pengantin dan sewaktu dengannya.Tak semena-mena saja telinganya berdesing bila nama Nurin kembali terngiang-ngiang.

“Apa pasal aku nak emo sangat ni?Perempuan tu dah tak ada dalam kamus hidup aku.Dia tak ada fungsi sikit pun dalam masa depan aku.”Carl bermonolog sendiri.

‘Memang dia tak ada fungsi dalam masa depan kau tapi kerana dia,kau jadi seperti apa yang kau jadi hari ini.Ego!Keras hati!Pemilih!’pekik satu suara yang entah dari mana.

Carl meliarkan matanya ke sekeliling.Yakin hanya dia bersendirian di rumah,dia menggeleng kepala.Wajah diraup sambil melepas lelah.

“Kenapa aku kena ingat pada dia pula?”Carl memicit-micit dahinya.Nafas ditarik dan dilepas panjang dan berat.Kemudian,dia menyandarkan tubuhnya ke sofa lalu melangut dan merenung siling.

“Carl,lupakan tentang kisah silam kau.Kau kena fikirkan masa depan pula.Think about it!”nasihatnya kepada diri sendiri.

“Agaknya,siapa pengantin aku?”ajunya perlahan.

Siapa perempuan yang akan berjaya menguasai ruang di dalam hatinya?Siapa perempuan yang akan berjaya menawan seluruh tempat di jiwanya?Siapa dia?Mungkinkah seorang perempuan sempurna yang mungkin saja berasal dari kerabat raja?Mungkin juga model paling popular dan pelakon filem yang memenangi anugerah bertaraf antarabangsa?Penyanyi kelahiran realiti televisyen?Graduan Harvard?Anak tok imam?Ustazah Pilihan?Peguam?Novelis?Atau paling tidak pun CEO Music Wave?

Nak tersedak bila bayangan CEO Music Wave melintasi benaknya.Tiba-tiba saja naik meremang bulu romanya dek memikirkan wajah Anggerik bermain-main di bayangannya.

“Mungkinkah Anggerik?”Carl garu-garu belakang tengkuknya.Nak gelak pun ada bila dia sendiri gagal menjawab pertanyaannya.

“Mengarut ajelah!Huh!”sudahnya Carl bangkit.Fikir banyak sangat buat otak dia bakal jadi tak betul.Lebih baik dia naik atas,bersihkan diri dan berehat.Banyak agenda yang dia perlu buat esok hari tapi baru saja memanjat anak-anak tangga,telefonnya berbunyi minta dijawab.

 “Bro,ada mana?”suara dari dalam talian buat Carl garu kening.

 “Rumah.Kenapa?”

“Lepak mamak jom!”

“Agak-agak sikit nak ajak aku lepak kat mamak.Tak ada tempat lain?”

“Pui!Tak payah nak bajet macam anak raja sangat,”sindiran yang diterima buat Carl menyengih.

“Weh,jom ar!Tengok bola.Esok cuti der.”

“Kau yang cuti tapi aku kerja.”

“Ek eleh.Alasan berjela mengalahkan kereta api.”

“Tengoklah macam mana.Aku baru balik ke rumah ni.Baju pun tak sempat nak tukar.”

“Ah,tak ada.Aku tak kira.Kau datang juga.Aku tunggu kat kedai mamak dekat dengan The Zone.Lima belas minit kau tak tunjuk muka,kau tahulah apa nasib kau!”
Carl gelak mendengar ugutan tahap budak sekolah tadika yang keluar dari bibir Akalil dari dalam talian.Apalah nasib dia dapat kawan yang senget macam ni.Dahlah senget,botak pula tu.Carl sambung gelak.

“Woi,kau gelak-gelak apa hal?”

“Kau buat lawak,aku gelak la.”

“Dah,tak payah nak pusing cerita.Cepat datang sini!”

Serta merta talian mati selepas saja arahan Akalil diterimanya.Carl merenung skrin telefonnya dengan dahi berkerut-kerut.Hairan dia.Apa hal entah si Akalil ni buat perangai kanak-kanak tak matang malam-malam macam ni.Sibuk sangat nak ajak dia melepak.Dah macam tak ada kerja nak dibuatnya malam-malam macam ni.Ada bini tapi sibuk nak jadi macam orang bujang.Huh!Bebel Carl dalam hati.

***

What's up bro!”tegur Akalil sambil halakan penumbuk sebagai isyarat pengganti jabat tangan bila nampak muka Carl.

“Tak payah nak what's up...what's up sangatlah!”cebik Carl lalu menarik kerusi di depan Akalil.
Akalil mencebik sambil menarik muka.

“Nak minum apa?”
Carl geleng.

“Makan?”
Geleng lagi.

“Huh,payah bila ada kawan yang tak sporting macam ni.Serius tak nak?Aku belanja,”ucapan Akalil tu memang Carl faham sangat apa maksudnya.Dah tahu dah yang Akalil cukup faham dengan peel Carl kalau datang melepak ke tempat-tempat begini.Makan dan minum di gerai tepi jalan atau di kedai-kedai mamak,dia tak akan menyentuh sebarang makanan.Semuanya demi menjaga kesihatan dan badan sendiri.

No,it’s okay.”Carl menggeleng sambil membelek skrin telefonnya.

“Bro,apa pasal badan kau makin sado ni?Otot kat lengan tu makin mantap,kental bukan main lagi.Kau buat apa dengan badan kau ni?”seluruh tubuh Carl menjadi perhatian Akalil sehingga Carl pasang senyuman senget.

“Inilah hasilnya bila aku jaga makan dan melakukan senaman yang konsisten.Bukannya macam kau,semua benda kau nak bedal!”

“Wah...wah...wah...sedapnya kau bercakap!”

“Apa?Tak betul ke?”

Akalil terkulat-kulat bila disoal begitu oleh Carl.Dari menjamh wajah Carl,dia langsung mengalihkan pandangan ke arah dua gelas teh tariknya yang telah kosong.Pastilah Carl sedang menyindirnya tentang apa yang sudah dimasukkan ke dalam perutnya sebentar tadi.Haih,tak tahulah nak kata apa bila bercakap dengan Carl.Semua benda dia nak menang.Kalau bercakap bab-bab kesihatan,memang awal-awal lagi Akalil dah kalah terlebih dulu.

“Okey...okey...aku surrender!”Akalil menyengih-nyengih sambil mengangkat tagan tanda menyerah.

“Bro,kau ada jumpa Anggerik tak?”soalan lari topik ditanya membuatkan Carl jungkit-jungkit keningnya.

“Kenapa?”

“Tak ada apa.Saja bertanya.Lagi pun,aku dah lama tak berjumpa dengan dia.”

“Aik,lama tak berjumpa?Habis tu macam mana gosip pasal aku boleh bertebaran ni?”

 “Ala der.Telefon ada,media sosial pun ada.Gunalah.Bukannya aku duduk dalam gua.”

“Oh,jadi selama ni...kau dengan Anggerik guna media sosial bergosip pasal aku la?Mengumpat aku?Macam itu?Eh,menyesal aku jadi kawan kau orang berdua!”

“Pui!Tak payah nak menyesal sangat la.Kalau tak ada aku dengan Anggerik,aku rasa kau akan lagi menyesal.Kau jangan buat-buat tak ingat apa jasa kita orang berdua pada kau sejak dulu sampai sekarang.Tak ada kami berdua,tak bermaknalah hidup kau.Tahu?”
Carl tertawa berdekah-dekah mendengarkan kata-kata Akalil.Memang betul.Sejak dulu sehingga sekarang,Akalil dan Anggeriklah teman yang sering berkongsi suka dukanya.Jatuh bangunnya semua dikongsi bersama mereka berdua jadi kata-kata Akalil itu memang ternyata tepat.

“Carl,kau tak rasa apa-apa ke pada Anggerik?”tiba-tiba saja soalan tentang hati ditanya membuatkan Carl mengerutkan kening.

“Rasa apa?”

“Tak payahlah nak buat-buat tak tahu.Kau tak pernah rasa apa-apa pada Anggerik?Rasa sayang ke?Rasa cinta ke?”

“Cintakan Anggerik?”
Carl gelak.

“Kau kenal aku macam mana,Lil.Kau pun tahu macam mana aku dengan Anggerik tu.Aku dengan dia bestfriend.Sama macam kau dengan dia.Kau rasa apa yang aku boleh rasa pada Anggerik?”

“Tak ada sikit ke rasa cinta tu?Aku bukan apa...kesian jugalah dengan kau orang.Dua-dua single.Kau single,dia pun single.Aku rasa elok kalau kau orang berdua kahwin.Kau jadikan dia pengantin kau.Pilih dia sebagai calon isteri kau dan aku yakin kau orang akan bahagia.Lagipun,semua masalah kau tentang calon pengantin tu akan selesai kalau kau dengan Anggerik kahwin.”cadangan Akalil yang pada mulanya sekadar usik-usikan berubah menjadi serius sehinggakan Carl menjatuhkan rahangnya.

What?Aku dengan Anggerik...kahwin?”aju Carl merapatkan jari telunjuk kiri dan kanannya antara satu sama lain.
Akalil mengangguk-angguk.

“Kau nak aku jadikan Anggerik calon pengantin aku?”

“Yalah.Amacam?Okey tak cadangan aku?”Akalil menaikkan ibu jarinya sambil menjungkit-jungkit kening namun Carl pula mula merasakan dunianya hendak terbalik selepas mendengar cadangan luar alam dari Akalil itu.


Kahwin dengan Anggerik?

No comments:

Post a Comment

BLURB Di Situ Ada Cinta

 Bila dua manusia dari dua dunia bertemu, apa agaknya yang bakal berlaku? Aara dan Mirza, dua watak berbeza warna dan cerita. Seorang penuh ...